Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari

Samsung sebelum ini secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran generasi baru telefon pintar utama mereka dibawah siri Galaxy S akan diumumkan di Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona bulan hadapan.

Samsung kini telah mengeluarkan satu video teaser yang mengesahkan Galaxy S9 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2018.

Video teaser juga memberika kita satu petunjuk bahawa Galaxy S9 akan hadir dengan teknologi kamera yang baru dengan slogan ‘ camera reimagined’

Samsung Galaxy S yang akan memasuki generasi ke-9 tahun ini dijangka akan dikenali sebagai Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2018 ini akan berlangsung pada jam 1 pagi 26 Februari waktu Malaysia dan Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar ini.

daftar minat bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di sini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.