Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan secara rasmi di MWC bulan hadapan

Sidang CES sedang berlangsung di Amerika Syarikat dan majlis pelancaran ini mungkin terlalu awal bagi kebanyakan pengeluar telefon pintar untuk mengumumkan telefon pintar utama mereka bagi tahun 2018.

Walaubagaimanapun, Samsung telah menggunakan pentas CES untuk mengesahkan bahawa telefon pintar utama mereka bagi tahun ini iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress yang akan diadakan pada bulan Februari 2018.

Pengesahan rasmi tarikh pelancaran generasi ke-9 Galaxy S ini telah dibuat sendiri oleh DJ Koh yang merupakan presiden Samsung Mobile.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ tahun ini akan dilancarkan lebih awal dan tahun ini juga menyaksikan Samsung kembali ke MWC untuk melancarkan telefon pintar mereka selepas mengadakan majlis pelancaran berasingan tahun lalu.

Dengan pelancaran pada bulan Februari, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dijangka memasuki pasaran dunia sekitar awal bulan Mac 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.