Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7x dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 7x ke pasaran Malaysia dan ianya yang merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan skrin paparan 18:9.

Honor 7x sebelum ini telah diperkenalkan di pasaran China pada bulan Oktober yang lalu dan kini mula memasuki pasaran antarabangsa.

Honor 7x hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 5.93-inci yang mempunyai resolusi HD+ 2160 * 1080 dengan kepadatan piksel mencecah 407ppi dan turut dilapisi gelas 2.5D.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Honor 7X ini hadir dengan pemproses Kirin 659 yang turut digunakan pada Nova 2i, 4GB RAM dan tiga pilihan ROM iaitu 32GB/64GB atau 128GB.

Honor 7x juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, Android 7.0 Nougat + EMUI 5.1. , bateri berkapasiti 3,340mAh, slot microSD, pengecasan melalui slot MicroUSB ( sesuatu yang sedikit mengecewakan kami) dan teknologi airbag pada keempat empat sisi telefon untuk perlindungan tambahan.

Honor 7x juga mempunyai tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu unit kamera utama 16MP yang dipadankan dengan kamera 2MP. tugas selfie pada Honor 7x akan dipertanggungjawabkan kepada unit kamera 8MP.

Honor 7X akan mula ditawarkan dipasaran Malaysia pada dengan harga penjualan RM 1,099 namun pada 18 Disember ini, Honor 7x akan ditawarkan pada harga istimewa peminat iaitu hanya RM 999 ( dari jam 3-4 petang dan kuantiti terhad di Lazada dan Vmall)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.