Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 7X dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan 18:9


Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 7x yang merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan skrin paparan 18:9.

Honor 7x hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 5.93-inci yang mempunyai resolusi HD+ 2160 * 1080 dengan kepadatan piksel mencecah 407ppi dan turut dilapisi gelas 2.5D.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Honor 7X ini hadir dengan pemproses Kirin 659 yang turut digunakan pada Nova 2i, 4GB RAM dan tiga pilihan ROM iaitu 32GB/64GB atau 128GB.

Honor 7x juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, Android 7.0 Nougat + EMUI 5.1. , bateri berkapasiti 3,340mAh, slot microSD dan pengecasan melalui slot MicroUSB ( sesuatu yang sedikit mengecewakan kami).

Honor 7x juga mempunyai tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu unit kamera utama 16MP yang dipadankan dengan kamera 2MP. tugas selfie pada Honor 7x akan dipertanggungjawabkan kepada unit kamera 8MP.

Honor 7X akan mula ditawarkan dipasaran China pada 17 Oktober ini dengan harga penjualan mengikut kapasiti seperti berikut :

Honor 7X 4GB RAM + 32GB ROM – CNY 1,300 (RM 832)
Honor 7X 4GB RAM + 64GB ROM – CNY 1,700 (RM 1,088)
Honor 7X 4GB RAM + 128GB ROM – CNY 2,000 (RM 1,280)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.