Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 Max dan ZenFone Live kini ditawarkan pada harga yang lebih rendah

Sempena musim perayaan Deepavali yang bakal tiba selain penjualan atas talian #mycybersale, Asus Malaysia telah mengumumkan pengurangan harga bagi dua model telefon pintar mereka iaitu Asus ZenFone 3 Max dan Asus ZenFone Live.

Asus ZenFone 3 Max ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.2-inci, pemproses 8-teras daripada MediaTek, 2GB/3GB RAM, 16GB/32GB ROM, sensor capjari, bateri berkapasiti 4,1000mAh dan kombinasi kamera 13MP ( utama) dan 5MP (hadapan).

Asus ZenFone 3 Max (ZC520TL) ini kini ditawarkan pada harga RM 699 iaitu RM 100 lebih murah berbanding harga sebelum ini.

Asus ZenFone Live pula adalah telefon pintar yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk memiliki teknologi pencantikan secara lansung pada video bagi aplikasi sosial media terpilih seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Asus ZenFone Live sebelum ini mempunyai harga penjualan RM 599 namun kini ianya ditawarkan pada harga RM 499 sahaja.

anda boleh mendapatkan Asus ZenFone 3 Max dan Asus ZenFone Live pada harga baru ini di kedai rasmi Asus Malaysia di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.