Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2i dengan 4 kamera akan tiba di Malaysia 26 September ini

Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nova 2i akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 26 September ini dan pasaran kita mungkin menjadi antara pasaran pertama didunia untuk menerima telefon pintar ini.

Huawei Nova 2i dan ianya dikatakan akan memiliki 4 unit kamera didalam dua unit kamera dihadapan dan dua unit kamera dibelakang.

Dengan dua unit kamera dihadapan dan belakang, Nova 2i mungkin akan menawarkan mode pengambilan selfie potrait dan juga selfie monokrom yang kebiasaanya hanya ditawarkan melalui kamera belakang.

Huawei Malaysia berkata telefon pintar Nova 2i ini hadir dengan nama ‘i kerana ianya adalah peranti invisible’ dan juga dikatakan mempunyai persamaan dengan Galaxy S8.

Huawei Nova 2i ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan dengan harga penjualan sekitar RM 2,000.

Huawei juga dijangka akan memperkenalkan duta produk Nova 2i pada majlis pelancaran ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.