Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 10 dilaporkan akan hadir didalam tiga versi

Huawei Mate 10 dilaporkan akan hadir didalam tiga versi 1
Telefon pintar Huawei Mate 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober dengan pengunaan pemproses Huawei Kirin 970.

Maklumat terbaru daripada pengedar produk Huawei mengatakan bahawa Mate 10 akan hadir didalam tiga versi iaitu Huawei Mate 10, Huawei Mate 10 Pro dan Huawei Mate 10 Lite.

Huawei Mate 10 dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.9-inci, pemproses Kirin 970, dwi-kamera Leica dan sensor capjari pada butang home dihadapan.

Selain itu, Huawei akan turut melancarkan telefon pintar tanpa bezel dengan skrin yang dikenali sebagai ‘EntireView dengan resolusi QHD.

Model ini akan hadir dengan nama Huawei Mate 10 Pro dan akan turut memiliki teknologi dwi-kamera Leica dan pemproses Kirin 970.

Disebabkan permukaan hadapan akan dipenuhi dengan skrin, Huawei Mate 10 Pro akan memiliki posisi sensor capjari dibahagian belakang.

Huawei Mate 10 Lite yang pertama kali dilancarkan didalam siri Mate akan hadir dengan skrin paparan yang sama seperti Mate 10 namun tanpa kamera Leica.

Jika benar, Ketiga-tiga telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasmi di Munich, Jerman pada 16 Oktober.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.