• Home »
  • Android »
  • Google telah mengesahkan Android 8.0 akan dikenali sebagai Android Oreo

Google telah mengesahkan Android 8.0 akan dikenali sebagai Android Oreo

Google secara rasminya telah mengesahkan bahawa nama rasmi bagi Android 8.0 adalah Android Oreo yang diambil sempena nama biskut terkemuka dunia.

Android Oreo hadir selepas kehadiran Android 4.4 KitKat, Android 5.0 Jelly Bean, Android 6.0 Marshmallow dan Android 7.0 Nougat.

Android Oreo akan hadir dengan beberapa ciri yang baru yang akan memaksimakan lagi pengalaman anda menggunakan peranti Android.

antara ciri baru yang boleh kami perkatakan adalah kelajuan pembukaan aplikasi yang ditambah baik, teknologi daftar masuk ‘autofill’, teknologi ‘picture-in-picture’ yang membolehkan anda membuka dua aplikasi secara serentak.

Selain itu, Android Oreo juga hadir dengan fungsi titik notifikasi pada aplikasi yang membolehkan anda melihat notifikasi dengan lebih pantas dan teknologi ‘Android Instant Apps’ yang mana anda boleh terus beralih kepada aplikasi dari pelayar web tanpa perlu melakukan muat turun di Google Play.

Android 8.0 Oreo juga memiliki ciri keselamatan Google Play Protect, teknologi penjimatan bateri dan lebih 60 Emoji baru.

Android Oreo ini dijangka akan tiba ke peranti Google Pixel dan Nexus terlebih dahulu sebelum ke peranti Android yang lain seperti Samsung, Huawei, Sony dan banyak lagi.

sumber

Comments

comments

Share