Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Operasi Android O akan dilancarkan secara rasmi 21 Ogos ini


Google secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi sistem operasi terbaru Android iaitu Android O akan dilancarkan pada 21 Ogos ini di New York City, Amerika Syarikat.

Pelancaran ini akan berlangsung serentak dengan gerhana solar yang kelihatan di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama.

Google telah membuat satu laman sesawang khas untuk memberikan pengguna maklumat mengenai gerhana solar ini selain sedikit sebanyak maklumat mengenai Android O.

Buat masa ini kita masih belum mempunyai sebarang nama rasmi bagi Android O ini namun nama Android Oreo dan Android Orelette diperkatakan sebagai dua nama yang telah disenarai pendek.

Android O ini dijangka akan tiba kepada pengguna Google Pixel dan Google Pixel XL sebelum ditawarkan kepada peranti Android yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.