Samsung Galaxy S8 dan S8+ kini dijual dari harga sekitar RM 2,598

Samsung Galaxy Note8 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos ini dan jika anda arif tentang industri telefon pintar, telefon pintar Note8 ini tiba hanya beberapa bulan selepas Samsung melancarkan Galaxy S8 dan S8+.

Samsung Galaxy S8 dilancarkan pada harga penjualan RM 3,299 manakala Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM 3,699.

Walaubagaimanapun, anda kini dilihat boleh mendapatkan telefon pintar ini dengan harga penjualan dari RM 2,598 iaitu melalui Lazada ataupun RM 2,599 di 11street.

Samsung Galaxy S8 ini adalah versi rasmi pasaran Malaysia dan akan akan menerima jaminan waranti satu tahun daripada Samsung Malaysia.

Selain itu, Galaxy S8+ pula boleh dibeli dari harga sekitar RM 3,088 di 11street manakala di Lazada anda boleh mendapatkanya dari harga sekitar RM 2,965 ( juga dengan jaminan waranti satu tahun dari Samsung Malaysia.

Jika anda berminat, anda boleh melihat tawaran ini di pautan di bawah
Samsung Galaxy S8 Lazada
Samsung Galaxy S8+ Lazada
Samsung Galaxy S8 11street
Samsung Galaxy S8+ 11street

Comments

comments

Share