Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 6 dan Mi Max 2 kini dibuka untuk tempahan – dari RM 1,199

Xiaomi atau Mi Malaysia telah mula membuka tempahan bagi dua model telefon pintar terbaru mereka iatu Mi 6 dan Mi Max 2.

Tempahan bagi kedua-dua model telefon pintar ini boleh dibuat di Lazada Malaysia atau melalui penjual premium Mi di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Xiaomi Mi 6 hadir dengan harga penjualan RM 1,899 dan ianya ditawarkan didalam satu warna iaitu hitam dengan kapasiti 6GB RAM/64GB ROM.

Xiaomi Mi Max 2 pula hadir dengan harga penjualan RM 1,199 dan telefon pintar ini juga turut ditawarkan didalam satu warna iaitu hitam dengan kapasiti 4GB RAM/64GB ROM.

Kedua-dua telefon pintar ini akan dihantar kepada pengguna mulai 5 Ogos 2017 dan ianya turut hadir dengan jaminan waranti selama 12 bulan daripada Xiaomi Malaysia.

anda boleh menempah Xiaomi Mi 6 di SiNi

anda boleh menempah Xiaomi Mi Max 2 di SiNiĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.