Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia Julai ini – peranti Honor terbaik

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan telefon pintar terbaik di pasaran tempatan setakat ini iaitu Honor 8 Pro.

Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 8 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2017.

Honor 8 Pro adalah telefon pintar kelas atasan Honor yang hadir dengan spesifikasi menarik dan berkelas atasan namun harga penjualan yang lebih berpatutan.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.2-inci (597ppi), pemproses Kirin 960, 6GB RAM , 64GB ROM, bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Naugat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP, sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Honor 8 Pro ini hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru namun masih belum ada sebarang pengesahan akan warna mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

Selain itu, harga penjualan dan maklumat pra-tempahan juga belum diumumkan namun Honor Malaysia dijangka akan menawarkan perkembangan terkini telefon pintar ini di FB Honor Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.