Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 8 Pro akan tiba di Malaysia pada 11 Julai ini

Huawei Honor 8 Pro akan tiba di Malaysia pada 11 Julai ini 1

Honor yang merupakan anak syarikat Huawei secara rasmi telah mengesahkan bahawa Honor 8 Pro akan tiba di pasaran Malaysia pada 11 Julai ini.

Honor 8 Pro adalah telefon pintar kelas atasan Honor yang hadir dengan spesifikasi menarik dan berkelas atasan namun harga penjualan yang lebih berpatutan.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.2-inci (597ppi), pemproses Kirin 960, 6GB RAM , 64GB ROM, bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Naugat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP, sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Honor 8 Pro ini hadir didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru namun masih belum ada sebarang pengesahan akan warna mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.