Meizu Pro 6 Plus dan M5 Note dilancarkan di Malaysia

Meizu Pro 6 Plus dan M5 Note dilancarkan di Malaysia

Hari ini, Meizu telah secara rasminya memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran Malaysia. Salah sebuah daripada peranti baru ini adalah berspesifikasi tinggi dan ia dipanggil sebagai Meizu Pro 6 Plus, manakala Meizu M5 Note adalah telefon pintar yang berspesifikasi pertengahan.

Dari segi spesifkasi, Meizu Pro 6 Plus menawarkan skrin 5.7 inci paparan QHD Super AMOLED, pemproses Exynos 8890, RAM 4 GB, storan 64 GB, dan bateri sebesar 3400 mAh dengan sistem pengecas pantas 24W mCharge melalui port USB-C.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 12-Megapixel f/2.0 Sony IMX386 dengan OIS dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0.

Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian dagu yang turut berfungsi sebagai pengimbas nadi.

Selain itu, skrin Pro 6 Plus ini juga mampu mengesan tekanan seperti Force Touch. Ia turut menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan pelancar Flyme 5. Meizu Pro 6 Plus ini kini dijual di Malaysia pada harga RM 1999.

Bagi Meizu M5 Note pula, ia hadir dengan skrin 5.5 inci HD penuh, pemproses MediaTek Helio P10, RAM 3 GB, storan 32 GB dan bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa dengan sistem pengecas pantas 18W mCharge melalui port MikroUSB.

Ia mempunyai kamera utama 13-Megapixel f/2.2 dengan PDAF dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0.

Ia turut mempunyai pengimbas cap jari pada dagu peranti serta menggunakan Android Marshmallow dengan antaramuka Flyme. Peranti ini dijual pada harga RM 849 di pasaran tempatan.

 

Comments

comments

Share