Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia 1

Meizu secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka yang boleh dikatakan cubaan terbaru didalam industri telefon pintar.

Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus hadir dengan satu skrin paparan Super AMOLED berukuran 2.0-inci pada bahagian belakang yang boleh digunakan ketika mengambil selfie dan memaparkan notifikasi.

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia 2

Selain daripada keunikan ini, Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus juga hadir dengan spesifikasi yang baik.

Bercakap mengenai model Meizu Pro 7 ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Helio P25 daripada MediaTek, 4GB RAM, 64GB ROM dengan bateri 3,000mAh.

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia 3

Meizu Pro 7 Plus pula hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Helio X30, 6GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Selain itu, kedua-dua model Pro 7 ini juga memiliki teknologi dwi-kamera yang sama iaitu unit 12MP dengan sensor RGB dan sensor monokrom manakala tugas selfie diberikan kepada unit kamera 16MP.

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia 4

Meizu Pro 7 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,899 manakala Meizu Pro 7 Plus akan mempunyai harga penjualan RM 2,799.

Tempahan bagi Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus akan dibuka pada 15 September sehingga 20 September di Lazada, 11street dan Shopee.

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kini di Malaysia 5

Bagi anda yang menempah Meizu Pro 7, ianya hadir dengan satu unit Meizu Bluetooth earphone E51 bernilai RM 299 secara percuma manakala pembelian Meizu Pro 7 Plus pula akan hadir dengan kotak pembungkusan premium Meizu selain Meizu Bluetooth earphone E51 dengan nilai keseluruhan bernilai RM 498.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.