Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu MX6 yang menawarkan pemproses Helio X20 kini dijual di Malaysia pada harga RM1299

meizu mx6

Meizu MX6 yang menawarkan pemproses Helio X20 kini dijual di Malaysia pada harga RM1299

Meizu MX6 yang diperkenalkan pada Julai yang lalu telah ditawarkan secara rasminya di pasaran Malaysia baru-baru ini pada harga RM1,299.

Meizu MX6 ini hadir dengan skrin 5.5-inci paparan 1080p dan dijanakan oleh pemproses MediaTek Helio X20 2.3GHz sepuluh-teras. Memori peranti ini adalah 4GB RAM dan ruangan storan 32 GB. Meizu MX6 menggunakan sistem operasi Flyme 5.5 OS yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Meizu MX6 juga datang dengan sokongan pengimbas capjari hadapan yang dijamin dapat menyahkuncikan skrin dalam 0.2 saat serta boleh digunakan untuk ansuran biometrik postulat Alipay.

Ia dilengkapi dwi-SIM kad dan kamera belakang 12-megapixel (sensor Sony IMX386)dengan f/2.0, dwi LED flash, PDAF, dan juga rakaman video 4K. Kamera hadapan adalah 5MP dengan f/2.0.

Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE dengan VoLTE serta USB Type-C. Bateri Meizu MX6 bersaiz 3,060mAh dengan sokongan pengecasan pantas yang boleh caj 65 peratus setelah mengecas untuk 30 minit.

Jika anda ingin membeli sebuah peranti yang berspesifikasi tinggi serta harga yang berpatutan, Meizu MX6 yang berharga RM1,299 di pasaran tempatan merupakan pilihan yang sesuai untuk anda.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.