Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P10 Plus mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM3099

Huawei P10 Plus mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM3099

Sebelum ini, Huawei Malaysia menyasarkan bahawa Huawei P10 Plus akan dijual di pasaran tempatan pada 15 April 2017.

Kini, Huawei P10 Plus akan mula ditawarkan untuk pasaran tempatan bermula hari ini, iaitu 8 April 2017. Ia akan dijual pada harga RM3099 dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan juga emas.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 Plus menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci, pemproses Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dengan bateri sebesar 3750mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang Leica Pro mengabungkan lensa 12MP+20MP F1.8 serta kamera hadapan 8MP berteknologi Leica.

Peranti ini turut mempunyai sokongan tambahan seperti kalis air IPX3, dan juga integrasi pembelajaran mesin pada sistem operasi EMUI 5.1.

SUMBER RUJUKAN

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.