Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo6 akan dilancarkan pada 9 Mei ini – guna cip Snapdragon 8s Gen 3

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Neo6 akan dilancarkan di China pada 9 Mei ini dan syarikat ini telah berkongsi beberapa maklumat mengenai telefon pintar ini.

Akaun rasmi Weibo realme telah mengesahkan bahawa GT Neo6 akan dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang menjadikanya telefon pintar pertama dipasaran dengan cipset flagship killer. Ianya juga disahkan akan menyokong pengecasan pantas 120W dan storan dalaman sehingga 1TB.

Penggunaan cipset terbaru daripada Qualcomm ini adalah sesuatu yang menarik kerana potensi cipset ini yang dikatakan lebih berkuasa daripada Snapdragon 8 Gen 2 namun masih dibawah Snapdragon 8 Gen 3.

Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa GT Neo6 ini akan memiliki skrin paparan 8T LTPO yang menyokong kecerahan maksima sehingga 6,000 nits, bateri 5,500mAh dan penarafan IP65.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan samada realme GT Neo6 akan ditawarkan dipasaran global ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.