Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova Lite kini dijual di Malaysia pada harga RM999

Huawei Nova Lite kini dijual di Malaysia pada harga RM999

Hari ini, Huawei Nova Lite yang diperkenalkan di pasaran Jepun pada bulan Februari yang lalu mula dijual di Malaysia sekarang.

Nova Lite ini hadir dengan skrin 5.2 inci dengan paparan HD penuh, pemproses Kirin 655, RAM sebesar 3GB, storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB dan bateri bersaiz 3,000 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 8 megapixel. Ia turut menyokong pengimbas capjari, dwi-SIM serta rangkaian 4G LTE. Peranti ini menggunakan sistem operasi EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat.

Huawei Nova Lite terdapat dua pilihan warna iaitu emas dan hitam. Pada jualan pertama ini, pengedar telefon pintar Malaysia — DirectD turut menawarkan kes pelindung dan pelindung skrin untuk Nova Lite ini pada harga jualan RM999 untuk pasaran tempatan.

 

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.