Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 12x 5G kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 899 sahaja

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 12x 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 899.

realme 12x 5G hadir dengan skrin paparan 120Hz Eye Comfort berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+, cip 6nm MediaTek Dimensity 6100+, 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, realme 12x 5G ini memiliki sensor utama 50MP AI bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP. Ianya juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 15W.

Dalam pada itu, realme 12x 5G ini tampil didalam rekaan yang nipis iaitu hanya 7.88mm dengan berat 190 gram dan penarafan IP54.

realme 12x 5G kini tersedia untuk pra-tempahan di Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi bermula dari 5 Mei 2024 pada harga RM 899 (8/128GB) dan RM 1,099 (8/256GB). Ianya tampil didalam dua warna iaitu Feather Green dan Glowing Black.

realme 12x 5G juga boleh didapati di CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM bermula dari 3 Mei 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.