• Home »
  • Review »
  • Pandang Pertama Mi 5c: Telefon pintar baru Xiaomi dengan cip pemprosesan tersendiri

Pandang Pertama Mi 5c: Telefon pintar baru Xiaomi dengan cip pemprosesan tersendiri

Pandang Pertama Mi 5c: Telefon pintar baru Xiaomi dengan cip pemprosesan tersendiri

Pada bulan Februari yang lepas, Xiaomi telah melancarkan cip pemprosesan tersendiri pertama di China yang dinamakan sebagai Surge S1.

Selari dengannya, Xiaomi turut memperkenalkan sebuah telefon pintar baru yang menggunakan nya, iaitu Xiaomi Mi 5c.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 5c ini menawarkan skrin bersaiz 5.15-inci paparan HD, menggunakan cip pemprosesan Surge S1 (2.2 X 4 + 1.4 X 4 GHz), memori sebesar 3GB RAM, ruangan storan 64GB dan bateri bersaiz 2,800 mAh disertakan dengan pengecasan pantas 9V/2A.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Penawaran yang lain untuk Mi 5c ini termasuk pengimbas cap jari yang terletak di bahagian dagu peranti pada panel hadapan.

Tanpa berlengah-lengah lagi, marilah kita mula dengan pandang pertama Mi 5c ini.

Adakah anda tertarik dengan Mi 5c yang cantik ini?

Comments

comments

Share