• Home »
  • Maxis »
  • Telefon pintar Maxis Next M1 kini ditawarkan dengan 4GB Data dan 50 Minit Panggilan

Telefon pintar Maxis Next M1 kini ditawarkan dengan 4GB Data dan 50 Minit Panggilan

Telefon pintar Maxis Next M1 kini ditawarkan dengan 4GB Data dan 50 Minit Panggilan

Hari ini, Maxis telah secara rasminya melancarkan telefon pintar tersendiri yang dipanggil sebagai Next M1. Peranti ini mula ditawarkan daripada hari ini (3 Mac 2017).

Maxis menawarkan 4GB data serta dengan 50 minit panggilan setiap bulan untuknya. Anda tidak perlu bayar sebarang harga pendahuluan untuk mendapatkan telefon pintar Next M1 ini. Pengguna akan tertakluk kepada kontrak 24 bulan dengan mendapatkannya.

Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan data terbina, dan jaminan Ultimate Care – semuanya pada harga langganan RM78 sebulan.

Dari segi spesifikasi, Maxis Next M1 ini dilengkapi skrin 5.5-inci pada resolusi HD, menggunakan cip pemprosesan lapan-teras, dan kamera belakang 13-megapixel. Bateri ia sebesar 2,960 mAh dan ia menyokong rangkaian 4G LTE.

Jika anda berminat untuk mendapatkan peranti ini, sila kunjungi Maxis Center yang terdekat dengan anda untuk mengetahui lebih mengenainya.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share