Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO R9s Plus diperkenalkan di Malaysia pada harga RM2498

OPPO R9s Plus diperkenalkan di Malaysia pada harga RM2498

OPPO Malaysia telah secara rasminya melancarkan telefon pintar OPPO R9s Plus di Malaysia. Peranti ini mempunyai rekaan badan yang lebih kurang sama dengan OPPO R9s, cuma saiz tubuhnya lebih besar berbanding dengan R9s.

Dari segi spesifikasi, R9s Plus ini hadir dengan skrin 6 inci paparan HD Penuh. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 653, RAM sebesar 6 GB dan storan adalah 64 GB. Bateri ia bersaiz 4,000 mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas VOOC.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi kamera belakang sebesar 16-Megapixel f/1.7 dengan sokongan OIS disertakan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0. Ia menggunakan sistem operasi Color OS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Oppo R9s Plus kini dijual di Malaysia pada harga RM 2498 dan ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu emas dan ros emas.

Oppo turut menyertakan Oppo Care Screen yang memberikan gantian skrin secara percuma selama 12 bulan.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.