• Home »
  • Digi »
  • Digi mengemaskinikan pelan pascabayar: Digi Postpaid 80 kini menawarkan data sebanyak 22GB

Digi mengemaskinikan pelan pascabayar: Digi Postpaid 80 kini menawarkan data sebanyak 22GB

digi-online-only-postpaid-80-free-2GBDigi mengemaskinikan pelan pascabayar: Digi Postpaid 80 kini menawarkan data sebanyak 22GB

Bagi pelanggan Digi yang suka melayari internet bila-bila masa saja, anda kini boleh menukar ke pelan pascabayar Digi yang baharu dikemaskinikan.

Pelan baru Digi Postpaid 80 ini kini menawarkan lebih data berbanding dengan yang sebelumnya. Bagi pelanggan Digi Postpaid 110, anda akan diberi rebat sebanyak RM120 untuk tempoh masa 12 bulan.

 

Untuk pelan pascabayar Digi Postpaid 80 yang baru ini, pengguna akan menerima panggilan percuma tanpa had, 10GB data untuk kegunaan bila-bila masa, 10GB untuk hujung minggu disertakan dengan 2GB yang selebihnya untuk kegunaan bila-bila masa selama 24 bulan.

Ini bermakna dengan pembayaran RM80 sebulan, anda akan menikmati 12GB data  untuk kegunaan bila-bila masa dan 10GB untuk hujung minggu.

170220-digi-online-only-promo

Bagi pelan pascabayar Digi Postpaid 110 pula, anda boleh menikmati rebat sebanyak RM10 setiap bulan selama 12 bulan. Maksudnya dengan RM100 sebulan, anda boleh menikmati panggilan tanpa had, 25GB data untuk bila bila masa dan data tanpa had untuk hujung minggu.

Di samping itu, Digi juga menawarkan 5GB data dan panggilan sebanyak 60 minit yang boleh roaming di negara asing seperti Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Singapore, Taiwan dan Thailand.

Pelanggan pelan pascabayar Digi Postpaid 80 hanya perlu tambah RM10 sebulan untuk menikmati penawaran ini.

Jangan ketinggalan peluang keemasan ini dan melanggani pelan ini secara online di laman web Digi sekarang!

 

Comments

comments

Share