Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hotlink kini menawarkan pelan baru dengan penawaran Data Untuk YouTube dan Panggilan Percuma

hotlink free weekend youtubeHotlink kini menawarkan pelan baru dengan penawaran Data Untuk YouTube dan Panggilan Percuma

Bagi pelanggan Hotlink yang setia, kini Maxis menawarkan pelan baru dengan penambahan data untuk Youtube serta panggilan percuma.

Sebelum ini, Hotlink turut memperkenalkan data pada kelajuan 64kbps secara percuma dan Hotlink Fast diperkenalkan selepas itu yang menawarkan data 8GB secara percuma yang boleh digunakan pada penghujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Penambahan baru daripada Maxis kali ini termasuk data tambahan khusus untuk YouTube disertakan dengan minit panggilan percuma sebanyak 100 minit bagi pakej bulanan RM50.

hotlink-nov2016_01-650x321

Pakej baru untuk Hotlink adalah seperti berikut:

Hotlink RM 50 

  • 5GB data untuk digunakan pada sebarang masa
  • 100 minit panggilan percuma untuk semua rangkaian.
  • 4GB percuma untuk YouTube. Perlu dial *868# untuk mengaktifkannya.
  • 8GB percuma (sebulan) untuk penghujung minggu – Sabtu dan Ahad

Hotlink RM 38

  • 3GB data untuk digunakan pada sebarang masa
  • 4GB percuma untuk YouTube. Perlu dial *868# untuk mengaktifkannya.
  • 8GB percuma (sebulan) untuk penghujung minggu – Sabtu dan Ahad

 

Hotlink RM 30

  • 2GB data untuk digunakan pada sebarang masa
  • 4GB percuma untuk YouTube. Perlu dial *868# untuk mengaktifkannya.
  • 8GB percuma (sebulan) untuk penghujung minggu – Sabtu dan Ahad

Di samping itu, Hotlink turut menawarkan pakej minggu dan hari yang agak menarik juga.

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web Hotlink untuk mengetahui lebih mengenainya.

SUMBER RUJUKAN

 

Comments

comments