Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TM menawarkan harga istimewa kepada pelanggan baru streamyx

tm-streamyx-01TM menawarkan harga istimewa kepada pelanggan baru streamyx

Bermula dari 1 Ogos hingga hujung tahun ini, Telekom Malaysia telah menawarkan harga yang istimewa untuk pakej streamyx kepada pelanggan baru. Tawaran ini merangkumi pakej streamyx 2Mbps, 4Mbps dan 8Mbps.

Pakej streamyx 2Mbps dan 4Mbps akan diberi diskaun sebanyak RM 10 bagi pelanggan baru. Harga bulanan baru 2Mbps adalah RM 120, manakala harga bulanan pakej 4Mbps akan jadi RM 130. Harga bulanan pakej streamyx 8Mbps pula akan dikurangkan dari RM 160 hingga RM 140.

Bagi para pelanggan tempatan yang ingin melanggani pakej streamyx di atas, sila ambil perhatian bahawa tawaran istimewa ini hanya diberi kepada pendaftaran baru.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.