Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3 Max ditawarkan pada harga runcit RM 1199 sempena Karnival Merdeka !

13937056_1366808096667230_315531315_n

Vivo V3 Max ditawarkan pada harga runcit RM 1199 sempena Karnival Merdeka !

Vivo Malaysia kini mempunyai tawaran khas untuk Vivo V3 Max sempena Karnival Merdeka. Vivo mengurangkan harga runcit Vivo V3 Max dari RM 1399 ke RM 1199 untuk musim perayaan ini.

160406-vivo-v3-max-merdeka-sales-01

Vivo V3Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 2.5D) , pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 652 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM 4G LTE.

Selain itu, Vivo V3Max ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP yang mampu diaktifkan didalam masa 0.7saat. Kamera ini juga hadir dengan pemfokusan PDAF dan flash LED.  Vivo V3Max juga memiliki kamera selfie 8MP

Vivo V3Max juga memiliki cip audio AK4375 , sensor capjari pantas ( mempunyai kelajuan bacaan 0.2 saat/ 0.5 saat jika skrin tidak aktif) ,sokongan pengecasan pantas ‘Dual Charging Engine’ dan Funtouch OS 2.5 yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.

Selain itu, satu lagi ciri Vivo V3Max yang harus kami tekankan adalah teknologi pengunaan dua aplikasi secara serentak yang dikenali sebagai teknologi Smart Split.

Bagi mereka yang ingin menukar telefon pintar baru, Vivo V3 Max adalah pilihan yang bijak kerana ia hadir dengan spesifikasi yang tinggi dan setiap pembelian V3 Max sekarang akan datang dengan tawaran aksesori percuma yang menarik seperti casing kulit, tempered glass, pemegang cincin dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.