Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Note 8 dilancarkan: Hadir dengan skrin 6.6-inci QHD AMOLED dan pemproses Kirin 955

honor note 8

Honor Note 8 dilancarkan: Hadir dengan skrin 6.6-inci QHD AMOLED dan pemproses Kirin 955

Honor Note 8 dilancarkan hari ini di China. Ia diberi nama Note 8 sebab ia mempunyai rekaan badan besar serta skrin Super AMOLED bersaiz 6.6 inci dengan resolusi QHD.

Spesifikasi lain Honor Note 8 ini adalah pemproses HiSilicon Kirin 955, memori 3GB/4GB LPDDR4 RAM dan ruangan storan dari 32GB hingga 128 GB.

Untuk rakaman gambar, kamera belakang peranti ini menggunakan sensor 13 Megapixel f/2.0 RGBW yang menyokong OIS dan PDAF. Kamera hadapan pula adalah 8 Megapixel.

Bateri peranti ini berkapasiti 4,500 mAh, ia disertakan dengan sokongan pengecasan pantas menggunakan port USB Type-C.

gsmarena_001
Honor Note 8 ini diperbuat daripada logam sepenuhnya dan dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Sistem operasi phablet ini menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1. Ia mempunyai dwi-SIM dan menyokong rangkaian 4G LTE.

Honor Note 8 akan dijual di pasaran China pada 9 Ogos. Versi 32GB berharga CNY 2,299 (sekitar RM 1,396), malah versi 64GB dijual pada harga CNY 2,499 (sekitar RM 1,517). Model berspesifikasi paling tinggi yang mempunyai storan 128GB akan dijual pada harga CNY 2,799 (sekitar RM 1,700).

gsmarena_002

gsmarena_003

gsmarena_004

gsmarena_005

gsmarena_007

gsmarena_006

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.