Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Matebook akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 30 Julai, harga bermula dari RM3,999

 

Huawei Matebook (1)

Huawei Matebook akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 30 Julai, harga bermula dari RM3,999

Huawei Matebook, komputer riba yang mempunyai rekaan 2-dalam-1 akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada 30 Julai.

Ia datang dengan tiga variasi, iaitu menggunakan Intel Core m3, Core m5, dan Core m7. Harga masing-masing adalah RM3,999, RM5,399 dan RM6,699.

Huawei Malaysia akan menjual versi Intel Core m3 terlebih dahulu esok, dua model yang lain itu akan diperkenalkan pada masa akan datang kelak.

 

 

Huawei Matebook (2)

Komputer riba Huawei yang terbaru ini menawarkan skrin 12-inci dengan paparan 2160×1440 pixel. Ia mempunyai memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB.

Pihak Huawei turut menyertakan sekali Huawei Keyboard tanpa sebarang penambahan harga.

Huawei Matebook versi m3 boleh didapati dari pengedar rasmi Huawei bermula 30 Julai. Dua model lagi yang berasaskan m5 dan m7 akan tiba di pasaran tempatan dalam beberapa minggu lagi.

Huawei Matebook (3)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.