Aplikasi Prisma kini ditawarkan kepada peranti Android

prisma-samples-2-840x840

Aplikasi Prisma kini ditawarkan kepada peranti Android

Prisma adalah aplikasi yang membolehkan pengguna mengubah gambar yang dirakamkan oleh mereka kepada bentuk seni moden dengan pelbagai pilihan penuras yang menarik.

Selepas ia dilancarkan di iOS pada bulan lepas, kini ia juga ditawarkan di Google Play Store.

Cara menggunakannya aplikasi Prisma ini sangat mudah sahaja. Pengguna hanya perlu memilih gambar atau merakamkan gambar menggunakan aplikasi Prisma lalu memilih daripada sejumlah penuras yang tersedia bagi mengubah gambar anda kepada bentuk seni moden.

prisma-samples-1-840x840

Dengan menggunakan kecerdasan buatan tersendiri, anda dapat menjadikan gambar anda menarik berdasarkan kepada sesuatu penuras yang dipilih.

Paparan watermark Prisma turut boleh dimatikan jika anda tidak ingin ia muncul di gambar anda.

Aplikasi Prisma ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store.

Comments

comments

Share