Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Nexus 5X akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai dengan harga RM1,199

nexus-5xLG Nexus 5X akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai dengan harga RM1,199

LG Nexus 5X adalah peranti siri Google Nexus yang dilancarkan pada akhir tahun lepas bersama dengan Huawei Nexus 6P.

Pihak Brightstar Malaysia kini telah mengesahkan bahawa LG Nexus 5X akan mula dijual di pasaran Malaysia pada bulan Julai 2016.

LG Nexus 5X dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 12.3-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel untuk mengambil gambar. Bateri peranti ini sebesar 2,700 mAh yang disokong oleh USB Type-C dan ia hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

LG Nexus 5X akan dijual melalui pengedar rasmi Brightstar pada harga RM1,199 di seluruh Malaysia.

SUMBER RUJUKAN: AMANZ

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.