Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penapis Udara LG PuriCare 360° kini dengan Safe Plus Filter yang menghapuskan sehingga 99.9% bakteria dan virus


Pengeluar produk elektronik terkemuka LG Electronics (LG) Malaysia baru-baru ini telah menaik taraf penapis udara kediaman LG PuriCare™ 360° Air Purifier dengan Safe Plus Filter yang menghapuskan sehingga 99.9% bakteria dan virus serta menyingkirkan 99.999% habuk ultra halus, alergen, dan gas berbahaya di udara.

Penapis Safe Plus juga 30% lebih tumpat untuk menapis bahan berbahaya dengan lebih menyeluruh untuk memastikan udara di semua sudut rumah ditapis.

Direka untuk mencipta persekitaran dalaman yang sihat dan selesa dengan mudah, penapis udara yang baru dipertingkatkan ini juga dilengkapi dengan sistem penapisan berbilang yang menggabungkan Safe Plus, penapisan H13 HEPA dan penyahbauan ke dalam satu komponen. Ia memberikan udara dalaman bersih yang menangkap zarah yang tidak diingini di udara dan mengeluarkan udara yang tulen dan bersih.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pembersih udara dengan penapis baharu yang dinaik taraf daripada pengedar sah LG serta Kedai Rasmi LG di Lazada dan Shopee.

Dengan minat pengguna yang semakin meningkat dalam kepentingan udara di rumah yang bersih dan segar, penapis udara termaju LG ini menawarkan kelegaan yang amat diperlukan daripada kualiti udara dalaman yang lemah.

Mulai sekarang hingga 16 Mac 2022, pelanggan yang membeli LG PuriCare™ 360° Air Purifier dengan Safe Plus Filter boleh menikmati diskaun 10% dan perkhidmatan LG CareShip percuma selama setahun bernilai RM800 atau RM550 untuk penapis udara Double Booster dan Single Booster.

Pelanggan juga boleh membeli atau menyewa LG PuriCare™ 360° Air Purifier dengan Safe Plus Filter tanpa sebarang kenaikan harga berbanding model sebelum ini.

Lihat pengedar sah LG serta Kedai Rasmi LG di Lazada dan Shopee untuk membeli LG PuriCare™ 360° Air Purifier dengan Safe Plus Filter ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.