Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Monitor Gaming LG OLED UltraGear 27-inci dengan kadar segar 240Hz kini di Malaysia

LG Electronics Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran monitor permainan OLED UltraGear premium terbarunya (model 27GR95QE) di Malaysia dan ianya kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 4,497.

monitor permainan OLED UltraGear (model 27GR95QE) ini merupakan monitor gaming pertama didunia untuk menyokong kadar segar semula 240Hz.

Monitor UltraGear ini tampil dengan panel berukuran 27-inci yang mempunyai waktu tindak balas yang memecahkan rekod sebanyak 0.03 milisaat Gray-to-Gray (GTG) dan resolusi QHD (2,560 x 1,440)

Monitor ini turut menyokong  HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, serta menggabungkan bicu fon kepala 4 kutub yang membolehkan pengguna menikmati bunyi spatial DTS Headphone:X yang realistik.

Sementara itu, alat kawalan jauh yang disertakan menyediakan pengurusan paparan yang cepat dan mudah serta kemudahan tambahan kekunci panas boleh atur cara.

Monitor permainan OLED LG UltraGear kini boleh di pra-pesan mulai hari ini sekarang hingga 12 Februari 2023 di LG Monitor Official Lazada Store.

Pelanggan yang membeli monitor semasa tempoh pra-tempahan ini akan turut menerima beg kanvas dan botol air LG UltraGear.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.