Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 10 dilancarkan secara rasmi

image

Apple secara rasminya telah melancarkan sistem operasi terbaru mereka iaitu iOS 10.

Apple mendakwa iOS10 ini adalah pelancaran sistem operasi terbesar pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Sebanyak 10 ciri baru akan disertakan pada sistem operasi Apple iOS 10 yang dijangka akan mula ditawarkan kepada pengguna selepas pelancaran Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus selesai pada bulan September ini.

Skrin kunci hadapan kini hadir dengan fungsi pengaktifan dengan mengangkat peranti dan akses mudah kepada kamera ( swipe ke kiri). Selain itu, dengan swipe ke kanan anda akan mendapat akses ke laman widget.

Bahagian notifikasi juga telah direka semula dengan notifikasi dan widget seakan-akan buih.

Selain itu, dengan iOS 10 , 3D Touch mempunyai tanggungjawab yang lebih besar : anda kini boleh memperoleh lebih banyak maklumat pada homescreen.

 

SIRI

Siri juga telah menerima banyak penambahan ciri baru dan kini pembangun aplikasi juga telah mendapat akses kepada siri. Anda kini boleh menggunakan SIRI untuk mencari gambar pada aplikasi pihak ketiga, membuat panggilan VoIP , menempah kereta Uber dan menghantar bayaran.

Papan kekunci pada iOS 10 juga telah ditambah baik, ianya kini boleh mencadangkan perkataan yang sesuai untuk membalas mesej tersebut. Ianya juga boleh membaca mesej sebelum mencadangkan anda pintasan untuk membuat temujanji, berkongsi lokasi , alamat terkini dan ianya juga mempunyai sokongan pelbagai bahasa.

Aplikasi lain yang menerima penambahbaikan pada iOS 10 adalah Maps, Photo , Apple Music , Apple Car Play,Home App (membolehkan anda mengawal peralatan elektronik pintar di rumah), Phone dan aplikasi Message.

image

Apple iOS 10 ini akan ditawarkan kepada pemilik iPhone 5 dan ke atas, iPad 4 dan ke atas, iPad Mini 2 dan ke atas, dan iPod Touch 6 dan ke atas.

Apple iOS 10 ini akan mula ditawarkan sekitar seminggu selepas pelancaran Apple iPhone 7.

image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.