Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo Shark 1 akan hadir dengan bateri berkapasiti 6,300mAh

8-160324162211955

Leagoo dijangka akan melancarkan telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar didunia ke pasaran Malaysia minggu ini.

Leagoo Shark 1 yang akan memiliki bateri berkapasiti 6,300mAh akan dilancarkan secara rasmi pada 27 April dengan harga penjualan masih belum diumumkan.

Leagoo Shark 1 ini hadir dengan reka bentuk yang nipis walaupun mempunyai kapasiti bateri yang tinggi iaitu hanya 8.5mm.

Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan skirn paparan 1080p berukuran 6.0-inci yang dikilangkan oleh LG , pemproses octa-core 1.3GHz , 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga memiliki kamera 13MP sensor BSI Sony  , kamera selfie 5MP , sensor Infra-Merah (IR) yang boleh digunakan sebagai alat kawalan peralatan elektronik , slot microSD ( maksima 64GB ) dan Leagoo OS 2.1 yang berasakan Android 5.1 Lollipop.

Bercakap mengenai bateri Leagoo Shark 1 ini, ianya adalah bateri yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas LGQC 3.0 yang membolehkan satu pengecasan penuh bateri ini boleh dilakukan didalam masa hanya 3 jam manakala pengecasan selama 30 minit mampu memberikan satu hari pengunaan.

Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan sensor capjari generasi baru Fingerprint ID 3.0 yang mempunyai sensor pengesan 360 darjah.

Leagoo Shark 1 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam , putih dan emas.

Maklumat harga akan kami laporkan didalam masa 2 hari sahaja lagi

8-160324161Q5 8-160324161R6 8-160324161S5 8-160201191133 8-160201191136 8-160201191137 8-160201191142 8-160201191343 8-160215110530 8-160215110532-50 8-160215110536 8-160215111010 8-160215111011

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.