Elephone P9000 Edge dilancarkan secara rasmi – skrin tanpa sisi

elephone-p9000-edge-malaysia

Elephone secara rasminya telah melancarkan Elephone P9000 Edge yang dikatakan sebagai telefon pintar terbaik pernah dilancarkan oleh Elephone.

Telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk telefon pintar premium dan spesifikasi yang baik.

Bercakap mengenai Elephone P9000 Edge, ianya hadir dengan skrin tanpa sebarang panel sisi dan boleh dikatakan sebagai telefon pintar tercantik dan terbaik pernah dikeluarkan oleh Elephone.

Beralih kepada spesifikasi, Elephone P9000 Edge hadir denagn skrin paparan 5.5-inci , pemproses octa-core Helio P10 MT6755, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan ianya turut memiliki satu sensor capjari yang diletakkan di bahagian kanan peranti.

Beralih kepada kamera, Elephone P9000 Edge hadir dengan kamera utama 21MP yang menggunakan sensor IMX230 daripada Sony dan tidak lupa pemfokusan laser selain kamera selfie 8MP. Selain itu, Elephone P9000 Edge juga memiliki bateri berkapasiti 3000mah yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas 9V 2.5A yang mampu mengecas bateri dari o% hingga 70% didalam masa hanya 70 minit.

Elephone P9000 Edge juga hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow selain UI Elephone dan ianya hadir lengkap dengan NFC , pengecasan tanpa wayar dan slot USB Type-C.

Elephone P9000 Edge akan mula dijual mulai bulan hadapan namun harga penjualan belum lagi diumumkan dan ianya dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Comments

comments

Share