Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elephone turut melancarkan P9000 dan P9000 Lite

^8AAA80F765ED385B34E26C00AD2906557BBD859CBA9D52C208^pimgpsh_fullsize_distr

Selain pelancaran P9000 Edge, Elephone turut melancarkan dua lagi model didalam siri P9000 ini iaitu P9000 dan P9000 Lite yang hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Bercakap mengenai P9000, ianya hadir dengan reka bentuk yang baik dimana 82% panel hadapan adalah skrin dan ianya turut mempunyai 1.6mm. Elephone P9000 hadir dengan rangka berasaskan keluli dan plastik ‘matte’ pada bahagian belakang.

Selain itu, tidak seperti Elephone P9000 Edge, P9000 hadir dengan sensor capjari yang diletakkan di bahagian belakang dibawah sensor kamera.

Beralih kepada spesifikasi dalama, Elephone P9000 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080p, pemproses MT6755 Helio P10 octa , 4GB RAM dan mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas seperti P9000 Edge.

Berlaih kepada kamera pula, Elephone P9000 hadir dengan kamera utama 13MP dan teknologi pemfokusan fokus auto laser selain kamera selfie 8MP.

Elephone P9000 juga hadir dengan sokongan seperti NFC , pengecasan tanpa wayar, USB type-C, Android 6.0 Marshmallow , slot microSD , WiFi dan Bluetooth.

Buat masa ini Elephone tidak mendedahkan sebarang maklumat harga penjualan P9000 ini namun ianya akan diumumkan Isnin ini sebelum mula dijual pada penghujung bulan ini.

^39AF13D7208F3918A4BE18DF1CFD0B0865DBA4BC7D52DA4812^pimgpsh_fullsize_distr

Beralih kepada Elephone P9000 Lite, telefon pintar ini hadir akan hadir dengan harga penjualan yang lebih murah namun masih hadir dengan spesifikasi yang baik seperti 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan pemproses Helio P10.

Untuk mengurangkan harga penjualan model ini, Elephone P9000 Lite akan hadir dengan kamera 13MP namun menggunakan kamera Omni Vision OV3850 manakala kamera hadapan adalah 5MP. Selain itu, spesifikasi lain yang dikorbankan adalah NFC, sensor capjari dan sokongan pengecasan pantas.

Walaubagaimanapun, P9000 Lite juga hadir dengan slot USB Type-C selain Android 6.0 Marshmallow.

sumber

Gambar P9000

^8195947E4E7944D0A104BB8F58F5E03737FEB6C7CAF94B319B^pimgpsh_fullsize_distr ^F4A66544A9F5E195DC4F57D4E3DEC7D45863DDCD2498D4C836^pimgpsh_fullsize_distr ^19CFFFC13741A5154DE0BCE2A08BDFCA249666EA0A917BD82F^pimgpsh_fullsize_distr

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.