Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Asli Xiaomi Mi 5 didalam warna hitam tersebar

xioami mi 5 black-1

Sebelum ini, Liwan Jiang telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan dan ianya akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 menjadikanya peranti kedua yang disahkan akan memiliki pemproses baru ini selepas LeTV Le Max Pro.

Selain pemproses Snapdragon 820, Xioami Mi 5 juga akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi 1080 x 1920 dan akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera 16MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dan sistem operasi Android Marshmallow dengan MIUI 7.

Kini satu gambar asli Xiaomi Mi 5 telah dikeluarkan dan ianya hadir didalam warna hitam dengan sensor capjari pada butang fizikal.

gambar terbaru Xiaomi Mi 5 ini telah dipaparkan di akaun Weibo dan ianya dilihat sangat nipis.

Xiaomi Mi 5 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di China bulan hadapan dan ianya akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 2,499 (RM 1,622).

Selain Mi 5, Xiaomi juga dilaporkan akan melancarkan satu lagi versi yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 5 Plus dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu skrin 5.5-inci atau 5.7-inci dengan resolusi 1440×2560

sumber

xiaomi mi 5 black

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.