Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 telah diumumkan secara rasmi – hanya RM 466

xiaomi redmi 3 official

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar Redmi 3 melalui akaun weibo rasmii Redmi di China.

Xiaomi Redmi 3 akan ditawarkan di China mulai 10 pagi esok dengan harga penjualan CNY 699.

Xiaomi Redmi 3 juga disahkan akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snadpdragon 616, GPU Adreno 405 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, seperti yang diumumkan sebelum ini, Xiaomi Redmi 3 akan memiliki bateri berkapasiti 4100mAh yang memberikan jangka hayat bateri 80% lebih lama berbanding Redmi 2. Selain itu, bateri ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 5V/2A.

Bercakap mengenai kamera pula, Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai sokongan pemfokusan pantas PDAF yang mampu melakukan pemfokusan didalam masa 0.1 saat. Kamera 13MP ini mempunyai aperture f/2.0. bercakap mengenai kamera hadapan pula, ianya hadir dengan kamera 5MP dengan aperture f/2.2

Beralih kepada ciri-ciri lain yang dimiliki telefon pintar ini, ianya memiliki ukuran kenipisan 8.5mm dengan berat 144gram, MIUI 7, 802.11 b / g / n protocols dan menyokong WiFi 2.4GHz , Bluetooth 4.1 , Bluetooth HID.

Xiaomi Redmi 3 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu warna kelabu, perak dan emas yang hadir dengan ukiran jaring dipanel belakang dan terdapat juga satu warna emas tanpa sebarang ukiran jaring di panel belakang.

Xiaomi Redmi 3 akan mempunyai harga penjualan CNY 699 iaitu sekitar RM 466 dan penjualan di China akan bermula pada pukul 10 pagi esok.

xiaomi redmi 3 malaysia xiaomi redmi 3 official-1 redmi microSIM

xiaomi redmi 3 front xiaomi redmi 3 gold backsumber| sumber 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.