Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Penjualan Xiaomi Mi 5 didedahkan – Dari RM 1,322

xiaomi mi 5

Satu lakaran tidak rasmi mengenai Xiaomi Mi 5 telah dikeluarkan dan reka bentuk ini adalah berdasarkan model telefon pintar Xiaomi yang dilancarkan sebelum ini.

Menurut sumber ini, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan sensor capjari pada butang ‘home’ yang sangat kecil dan ini merupakan kali pertama Xiaomi akan menyertakan butang fizikal pada telefon pintar mereka.

Sumber mendakwa, butang fizikal ini akan memiliki sensor capjari yang paling kecil didunia namun akan menjadi antara yang terpantas di pasaran.

Dari segi hadapan, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan gelas 2.5D manakala pada bahagian belakang pengunaan gelas 3D melengkung akan di praktikan. Mi 5 juga akan memiliki slot USB Type-C yang juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0

Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci samada skrin 1080p atau skrin QHD, kamera utama 16MP, kamera selfie 13MP, sokongan dwi-SIM, bateri berkapasiti 3,600mAh dan hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan Android Marshmallow.

Xiaomi Mi 5 dikatakan akan hadir didalam dua versi iaitu versi 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman dan versi 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Xiaomi Mi 5 dengan 3GB RAM/32GB ROM akan ditawarkan pada harga CNY 1,999 iaitu sekitar RM 1,322 berdasarkan kadar pertukaran semasa manakala versi 4GB RAM/ 634GB ROM pula akan mempunyai harga penjualan CNY 2,299 iaitu sekitar RM 1,520.

sumber

xioami mi 5-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.