Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rokok Elektronik Elephone ELE Cigar kini dibuka untuk tempahan

ELE_Cigar_malaysia-5

Pengeluar telefon pintar yang mula bertapak di Malaysia iaitu Elephone nampaknya mempunyai kepakaran didalam pasaran rokok elektronik apabila juga telah membuka tempahan bagi rokok elektronik mereka yang dikenali sebagai ELE Cigar.

ELE Cigar ini kini dibuka untuk tempahan pada harga RM 268 termasuk GST dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan perang.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin membuat tempahan lebih daripada satu unit anda boleh memilikinya pada harga yang lebih murah. Jika anda membeli dua, anda akan mendapat rokok elektronik ELE Cigar ini pada harga RM 248 manakala jika anda membeli tiga unit anda boleh memilikinya pada harga RM 228 setiap satu unit.

Bagi mereka yang telah menempah rokok elektronik ELE Cigar ini, penghantaran akan dilakukan mulai 5 Disember ini.

Berikut adalah spesifikasi yang dimiliki oleh ELE Cigar

  • Model: Elephone ELE Cigar
  • Dimensi: 88*40.5*25mm
  • Warna Kulit : Hitam, Perang
  • Warna rangka : Perak
  • Bateri berkapasiti tinggi : 18650 40A
  • Coil: 0.05-2.5Ω
  • Bahan: Kulit, Aluminum, Aloi Zink, PC eyeglass
  • Voltan : 3.15-8.5V
  • Watt : 5-70W
  • Slot pengecasan USB: ada ( pada bahagian bawah)

Selain itu, pembelian rokok elektronik ELE Cigar ini juga hadir dengan jaminan waranti satu bulan daripada Elephone Malaysia dan untuk melakukan tempahan secara atas talian anda boleh lakukanya disini.

selain itu, dengan pembelian rokok elektronik ELE Cigar ini anda akan menerima beberapa barang seperti dibawah.

elephone-ele-cigargambar-gambar rokok elektronik ELE Cigar

ELE_Cigar_malaysia-4 ELE_Cigar_malaysia-3 ELE_Cigar_malaysia-1 ELE_Cigar_malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.