Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Watch Urbane 4G LTE dibatalkan – masalah rangkaian

LG-Watch-Urbane-2-LTE-5

LG Watch Urbane 4G LTE yang dilancarkan baru-baru ini nampaknya telah dibatalkan dan tidak akan dilancarkan ke pasaran.

Sebab utama LG membuat pembatalan ini tidak dapat disahkan dan pembatalan ini pasti tidak akan diterima baik oleh pengguna lagi-lagi selepas Google dengan bangganya mengumumka ia sebagai peranti Android Wear pertama dengan sokongan 4G LTE.

Membatalkan produk yang didalam proses pembangunan boleh dilihat sesuatu yang biasa namun ini adalah kali pertama kami mendengar pembatalan produk seperti ini berlaku.

Walaupun telah mengesahkan pembatalan ini, pihak LG tidak memberikan sebarang penjelasan kenapa langkah drastik seperti ini diambil terhadap LG Watch Urbane 4G LTE ini.

Selain itu, LG juga tidak memberikan sebarang janji sama ada model Watch Urbane 4G LTE ini akan kembali ke pasaran didalam masa terdekat.

Walaupun tidak mempunyai sebarang sebab utama, terdapat juga laporan yang mengatakan LG Watch Urbane 4G LTE ini mempunyai masalah rangkaian dan isu ini dilihat tidak mampu diselesaikan dengan sebarang kemaksini sistem operasi.

Selain itu, bagi pembeli yang telah melakukan tempahan bagi LG Watch Urbane 4G LTE ini akan mendapat pulangan semula wang mereka didalam masa terdekat.

Google dalam pada itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan jam pintar ini sepatutnya sudah mula dijual di Google Play Store semalam.

sumber

LG-Watch-Urbane-2-LTE-malaysia-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.