Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Asus ZenFone 2 Laser

asus zenfone 2 laser-1

Asus Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL) dipasaran tempatan dengan harga penjualan RM 799 dan hadir didalam empat warna iaitu merah, putih,perak, dan hitam.

Seperti pada namanya, Asus ZenFone 2 Laser hadir dengan kamera PixelMaster 13-Megapiksel yang mempunyai teknologi pemfokusan auto laser dan dual lampu flash LED tona asli yang pengambilan gambar yang kelihatan lebih semulajadi. Selain itu, ZenFone 2 Laser turut mempunyai kamera hadapan 5-megapiksel dengan lensa lebar 85-darjah.

Asus ZenFone 2 Laser juga hadir dengan pemproses quad-core 64-bit Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz daripada Qualcomm, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman. Jika itu tidak mencukupi, anda boleh menambah lagi kapasiti memori sehingga tambahan 128GB lagi menggunakan slot microSD.

Dari segi skrin paparan pula, ianya hadir dengan skrin paparan HD IPS berukuran 5.5-inci yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 4.

Asus ZenFone 2 Laser juga hadir dengan sokongan dwi-SIM yang boleh digunakan pada rangkaian 4G LTE. Saiz sim yang disokong oleh kedua-dua slot sim Asus ZenFone 2 Laser ini adalah micro-SIM.

Asus ZenFone 2 Laser mempunyai bateri berkapasiti 3,000mAh yang mampu memberikan anda pengunaan tanpa pengecasan sekurang-kurangya 8-10 jam.

Dari segi UI pula, Asus ZenFone 2 Laser hadir dengan ZenUI yang berasaskan sistem operasi Android 5.0.2.

Apakah isi kandungan yang disertakan bersama Asus ZenFone 2 Laser didalam kotak, mari kita terokainya!.

asus zenfone 2 laser-2 asus zenfone 2 laser-3

Asus ZenFone 2 Laser hadir didalam satu kotak yang kompak dan elegan, kotak ini menggunakan reka bentuk kotak ZenFone yang digunakan sejak generasi pertama telefon pintar Asus ZenFone

asus zenfone 2 laser-4

Satu label pada bahagian belakang kotak menyenaraikan spesifikasi penting, jenis pemproses, kapasiti RAM,jumlah memori simpanan dalaman dan warna yang turut ditunjukkan pada model telefon yang dipamerkan dibahagian hadapan.

asus zenfone 2 laser-5

Kotak Asus ZenFone 2 ini mempunyai dua bahagian, satu kotak atas dan kotak dalam berwarna putih. Anda hanya perlu menolak kotak putih keluar dan anda akan dapat melihat Asus ZenFone 2 yang diletakkan di atas kotak putih tersebut.

asus zenfone 2 laser-6

Selepas menarik kotak, satu lapisan filem akan melindungi Asus ZenFone 2 Laser yang mempunyai reka bentuk yang elegan ini.

asus zenfone 2 laser-8

Panel belakang Asus ZenFone 2 Laser ini adalah mempunyai kemasan ‘matte’ yang membolehkanya mudah dipegang namun mungkin terdedah kepada ancaman peluh dan tangan berminyak.

asus zenfone 2 laser-8asus zenfone 2 laser-7Berikut adalah gambar Asus ZenFone 2 Laser dari pelbagai sudut.

asus zenfone 2 laser-13 asus zenfone 2 laser-14

Selepas anda mengalihkan telefon pintar ini dan menarik satu kotak pembahagi kecil anda akan mendapat akses ke bahagian bawah yang mengandungi panduan pengunaan, kad warranti, pelekat nombor bersiri dan IMEI, adapter AC dan kable USB. Sedikit mengecewakan adalah, tiada earphone disertakan dengan pembelian Asus ZenFone 2 Laser ini.

asus zenfone 2 laser-15

Pengecas ini hanya mampu mengeluarkan ouput 1.0A ianya pasti akan mengambil masa yang lebih panjang untuk memenuhkan bateri berkapasiti 3,000mAh yang dimiliki oleh Asus ZenFone 2 Laser.

asus zenfone 2 laser-16

Asus ZenFone 2 Laser juga hadir dengan kebolehan untuk mencabut bateri yang mana sesuatu yang baik dan ciri ini dilihat semakin pupus dikalangan pengeluar telefon pintar lain.

asus zenfone 2 laser-18

Satu lagi fungsi yang juga semakin kurang digunakan adalah slot microSD khas, kebanyakkan peranti di pasaran kini hadir dengan slot sim kedua hibrid yang mana anda boleh menggunakan kad microSD untuk memberikan tambahan memori simpanan atau sebagai slot SIM kedua namun slot hibrid ini ada satu kekurangan iaitu anda tidak boleh menggunakan kad microSD dan SIM kedua sekali. Namun, dilema ini tidak akan wujud bagi pengguna Asus ZenFone 2 Laser.

asus zenfone 2 laser-19

Akhir sekali, fungsi paling utama pada Asus ZenFone 2 Laser iaitu unit kamera 13-MP Toshiba T4K37 dengan PixelMaster 2.0 dan lampu LED dwi-tona asli. Selain itu, terdapat juga pemfokusan auto berasaskan Laser selain butang untuk meningkatkan dan mengurangkan kelantangan suara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.