Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X akan mula dijual oleh DirectD hari ini – RM 1,299

oneplus-x-direct-d.-malaysia-rm-1299jpg

Jika semalam kami telah melaporkan bahawa Satu Gadget.com akan mula menawarkan OnePlus X yang dilancarkan hujung bulan lalu ke pasaran Malaysia. Kini, satu lagi pengedar telefon pintar DirectD telah membuat pengumuman melalui akaun Facebook mereka bahawa mereka juga akan mula menawarkan OnePlus X mulai hari ini dengan harga penjualan RM 1,299 termasuk GST.

OnePlus X akan mula ditawarka selepas pukul 7 petang hari ini anda jika anda tidak sempat untuk mengunjungi kedai mereka anda boleh membelinya secara di atas talian di sini OnePlus X DirectD

OnePlus X daripada DirectD ini hanya akan ditawarkan didalam warna putih (Onyx) dengan jaminan waranti 12 bulan daripad DirectD.

Sebagai perbandingan, Satu Gadget menawarkan dua tahun jaminan waranti bagi OnePlus X yang dijual oleh mereka dengan harga penjualan yang sama.

sumber : Facebook DirectD

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.