OnePlus X akan mula dijual oleh DirectD hari ini – RM 1,299
![OnePlus X akan mula dijual oleh DirectD hari ini - RM 1,299 1 OnePlus X akan mula dijual oleh DirectD hari ini - RM 1,299 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2015/11/oneplus-x-direct-d.-malaysia-rm-1299-.jpg)
Jika semalam kami telah melaporkan bahawa Satu Gadget.com akan mula menawarkan OnePlus X yang dilancarkan hujung bulan lalu ke pasaran Malaysia. Kini, satu lagi pengedar telefon pintar DirectD telah membuat pengumuman melalui akaun Facebook mereka bahawa mereka juga akan mula menawarkan OnePlus X mulai hari ini dengan harga penjualan RM 1,299 termasuk GST.
OnePlus X akan mula ditawarka selepas pukul 7 petang hari ini anda jika anda tidak sempat untuk mengunjungi kedai mereka anda boleh membelinya secara di atas talian di sini OnePlus X DirectD
OnePlus X daripada DirectD ini hanya akan ditawarkan didalam warna putih (Onyx) dengan jaminan waranti 12 bulan daripad DirectD.
Sebagai perbandingan, Satu Gadget menawarkan dua tahun jaminan waranti bagi OnePlus X yang dijual oleh mereka dengan harga penjualan yang sama.
sumber : Facebook DirectD