Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 2 dikesan di pangkalan data SIRIM

xiaomi redmi note 2
Xiaomi yang dilihat sudah lama menyepi di pasaran Malaysia dilihat sudah bersedia untuk melancarkan satu telefon pintar terbaru mereka iaitu Redmi Note 2 yang merupakan antara telefon pintar paling hangat dipasaran China.

Xiaomi Redmi Note 2 telah dikesan di pangkalan data SIRIM sekaligus memberikan kita petunjuk bahawa pelancaran model ini ke pasaran tempatan sudah semakin hampir.

Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1080p dan mempunyai kepadatan piksel 401ppi.

Dari segi spesifikasi lain, model ini hadir dengan pemproses  Helio X10 daripada MediaTek, 2GB RAM, dua pilihan memori simpanan dalaman 16GB atau 32GB, bateri berkapasiti  3,060 mAh dan mempunyai sistem operasi MIUI 7.

-xiaomi-redmi-note-2-sirim-malaysia-resized

Dari segi kamera pula, Redmi Note 2 hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie model ini adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 2 ditawarkan didalam banyak warna menarik seperti putih, kuning, biru, merah jambu dan hijau mint namun masih tidak dapat dipastikan warna apa yang ditawarkan di Malaysia.

Redmi Note 2 juga dijangka akan memasuki pasaran Singapura tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.