Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 2 tiba di Malaysia 3 November ini

xiaomi redmi note 2

Xiaomi telah menghantar jemputan media bagi satu majlis yang akan menyaksikan kehadiran naib presiden global syarikat ini iaitu Hugo Barra. Majlis ini akan diadakan di Ibu Negara pada 3 November ini.

Walaupun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tujuan majlis ini diadakan, kita mungkin dapat menyaksikan pelancaran telefon pintar Xiaomi Redmi Note 2.

Menurut Xiaomi lagi, produk yang akan ditawarkan di Malaysia ini juga akan ditawarkan di 3 negara lain iaitu Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

Xiaomi Redmi Note 2 yang baru-baru ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM akan hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.
Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note 2 turu hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Buat masa ini tiada sebarang harga penjualan yang diumumkan namun Xiaomi Redmi Note 2 dijangka akan ditawarkan pada paras harga kurang daripada RM 700.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.