Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X akan dilancarkan secara rasmi 29 Oktober ini

oneplus x india launch

Pengeluar telefon pintar ‘flagship killer’ OnePlus melalui akaun Facebook bagi pasaran India telah memuaturun satu gambar yang mengesahkan bahawa satu telefon pintar baru yang dikenali sebagai OnePlus X akan dilancarkan pada 29 Oktober ini.

Walaupun tiada sebarang maklumat mengenai peranti ini didedahkan pada gambar itu, ini mengesahkan bahawa OnePlus X akan dilancarkan secara rasmi dan mungkin dikhaskan untuk pasaran India sahaja.

Selain itu, OnePlus Mini yang akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini adalah model telefon pintar yang berlainan dengan OnePlus X.

Kesemua persoalan mengenai OnePlus X dan OnePlus Mini pasti akan terjawab pada 29 Oktober ini.

sumber : OnePlus India Facebook

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.