Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

tukarkan telefon pintar Samsung Galaxy kepada OnePlus 2 secara percuma

oneplus-two-taketheedgeoff-malaysia
Jika anda adalah pemilik telefon pintar utama daripada Samsung seperti Galaxy S6, Galaxy S6 Edge mahupun Galaxy Note 5 yang baru dilancarkan di Malaysia bulan lalu, OnePlus menawarkan anda peluang untuk menukarkan telefon pintar Samsung anda kepada OnePlus 2 tanpa sebarang cas tambahan.

Selain mendapat satu unit telefon pintar OnePlus 2 anda juga akan membuat amal apabila OnePlus telah mengesahkan bahawa semua unit telefon pintar yang diterima melalui program pertukaran ini akan didermakan kepada Hope Phones, satu badan amal yang memberikan akses teknologi perubatan kepada yang memerlukan.

Program yang dikenali sebagai TakeTheEdgeOff akan berlangsung sehingga 18 Oktober ini dan untuk menyertainya anda hanya perlu mengisi satu borang dan menggunakan hashtag #TakeTheEdgeOff di akaun laman sosial anda. Jika anda adalah antara yang terpilih, anda perlu menghantar telefon pintar anda kepada OnePlus dan mereka akan menghantar satu unit OnePlus 2.

Walaubagaimanapun, hanya 50 pemenang akan dipilih untuk program TakeTheEdgeOff ini dan kami menasihatkan anda melakukan satu ‘posting’ yang unik untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk menjadi salah seorang daripada 50 pemenang.

untuk mengisi borang anda boleh menekan pautan dibawah.

TakeTheEdgeOff

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.