Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Class dilancarkan secara rasmi di Korea

lg class

LG secara rasminya telah melancarkan LG Class, telefon pintar yang mempunyai reka bentuk premium namun pada spesifikasi pertengahan.

Seperti yang kami laporkan minggu lalu, LG Class adalah sebuat phablet yang mempunyai skrin paparan 720p 5.7-inci dan buat masa ini dilihat hanya akan ditawarkan di Korea.

LG Class hadir dengan reka bentuk berasakan keluli dan gelas melengkung selain butang ikonik LG yang diletakkan dibahagian belakang.

Selain itu, LG Class memiliki pemprosee Snapragon 410 SoC, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 2,050mAh yang sedikit mengecewakan.

Phablet yang mempunyai kenipisan 7.4mm ini turut hadir dengan satu pembesar suara 1W, sokongan 4G LTE, Bluetooth 4.1, NFC, Android 5.0 Lollipop dan sokongan kad microSD sehingga 2TB

LG Class mempunyai harga penjualan $340 iaitu sekitar RM 1,494.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.